Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson, Negeri Sembilan telah berjaya mengajurkan kursus Pengurusan Program yang telah diadakan pada 20 hingga 23 Nov 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. CAC telah menghantar 2 peserta untuk mengikuti kursus tersebut dan telah berjaya mengikut segala aktiviti yang dijalankan -Admin-
Selasa, 2 Disember 2014
Ahad, 26 Oktober 2014
KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI TAHAP II
Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap
II telah dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Melaka pada 24
hingga 26 Okt 2014. CAC telah menghantar 6 peserta bagi tujuan kursus
tersebut. Kursus ini banyak memberi pendedahan kepada ahli berkaitan
pengurusan, kepimpinan, organisasi dan persatuan. -Admin-
Ucapan Penutup oleh YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdol
Geng SK, Merlimausd, East, Mamu, Jebat Muls
Ahad, 19 Oktober 2014
10,000 LANGKAH - Sungai Melaka
Senaman yang mudah, murah, senang dan selamat itulah perkataan yang mudah digunakan bagi aktiviti 10,000 langkah. CAC telah berjaya melaksanakan aktiviti tersebut di laluan Sungai Melaka pada 19 Okt 2014. Objektif utama adalah memberi kesedaran kepada ahli CAC supaya menjadikan senaman berjalan kaki sebagai salah satu rutin harian mereka.
- ADMIN-
Sabtu, 27 September 2014
KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM KKM
Pada 26 hingga 28 September 2014 telah berlangsung Kursus Pemantapan Program KKM. Sekali lagi CAC telah diberi kepercayaan untuk sama-sama menjayakan program tersebut. CAC telah diberi 2 tugasan iaitu pelajaran Kawad Kaki dan Pertahanan diri. Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program Kawad Kaki dan Pertahanan Diri sila hubungan Pengerusi CAC 0193650859 (Dr Ban). Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kerana sudi memanggil kami untuk menjayakan program tersebut - ADMIN -
Bergambar bersama Pengerusi CAC
Latihan Kawad Kaki
Demo Pertahanan Diri
Pertunjukan Fesyen
Sabtu, 13 September 2014
EXPO SAFE FOOD
Expo Safe Food telah berlangsung dengan jayanya pada 13 dan 14 Sep 2014. Acara ini telah dijalankan di MITC Melaka. CAC telah diberi peluang untuk mempamerkan makanan sihat bertemakan Survival Safe Food dan mini pameran survival. - Admin-
Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia
Sesi penerangan Survival Safe Food
Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia mencuba masakan ayam pansoh
Jebat Muls, Anak Rimau, Pencara, Est, Geng SK, Mamu, Merlimau
Dr Ban
Ahad, 31 Ogos 2014
FUTSAL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57
Pertandingan Futsal telah berlangsung dengan jayanya pada hari kemerdekaan ke-57 di Arena Sport, Kelebang, Melaka. Seramai 35 tim telah menyertai pertandingan tersebut yang disertai dari dalam dan luar negeri Melaka. Hadiah berupa wang tunai, medal dan hamper telah disediakan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang sudi memberi sumbangan. - Admin -
Johan Safuan FC (Melaka)
Naib Johan Ambush FC (Kuala Lumpur)
Keempat SL Return (Kuala Lumpur)
Nyanyian Lagu Negara Ku
Pengerusi CAC bergambar bersama pemain
Aman Palastin dijemput memeriahkan lagi pada hari tersebut
Berdiri Belakang: Cak, MerlimauSD, Ayu, Zul, Roy, Erol, Bomoh, Anak Rimau, East
Hadapan: Zaki, Tokai, Dr Ban, Mamu, Geng SK
Ketua Program : Mamu
P/Ketua Program: Roy
Khamis, 14 Ogos 2014
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 7/2014
Kursus tersebut telah dilaksana dengan jayanya bertempat di Kompleks Kementeri Dalam Negeri, Melaka. Pelbagai pertubuhan telah turut serta semasa kursus tersebut. Semasa kursus tersebut di laksanakan, CAC telah menghantar seramai 5 Ahli Jawatan Kuasa bagi tujuan perkara tajuk. Diharap kursus ini dapat memberi pendedahan kepada AJK yang berkenaan.
Penerimaan sijil penyertaan bagi persatuan
Jumaat, 25 Julai 2014
LAGU YANG BANYAK MEMBERI MAKNA KEPADA SEMUA WARGA CAC
Kenangan Terindah
Lagu yang seringkali di main kan semasa acara perpisahan ahli CCFC. Lagu dan lirik dicipta sendiri oleh Mamu. Audio kurang menarik biasalah pro punya videographer. - Admin -
Khamis, 24 Julai 2014
SEJARAH KELAB CABARAN PENGEMBARAAN (CAC)
Kelab Cabaran Pengembaraan mempunyai sejarah tersendiri. Kelab ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 24 Julai 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-005-04-24072014. Di awal penubuhan kelab ini diberi nama Clark Club di mana kelab ini hanya ditubuhkan atas dasar suka-suka tanpa memikirkan faedah di masa hadapan dan telah ujud secara tidak rasmi pada tahun 2007. Pelbagai program telah di laksanakan seperti ekspedisi, projek jiwa murni, sukan dan pelbagai lagi program yang mendatang kan faedah pada semua ahli. Dengan minat yang tinggi dan ingin memajukan kelab ke satu tahap yang lebih baik, ahli telah bersetuju untuk mendaftar kelab dibawah Pendaftar Pertubuhan dan dibuka secara rasminya kepada orang awam yang berminat menyertai kelab ini pada tarikh penubuhnya. -Admin-
Langgan:
Catatan (Atom)

















