Ekspedisi Mal - Thai part 1 telah berjaya di laksanakan pada 5- 17 Mac 2017. Salah seorang peserta yang terlibat semasa Ekspedisi tersebut ialah En Mazlan bin Mohammad atau lebih dikenali dengan nama Merlimau. Pejalan ekspedisi tersebut sejauh 4500 KM dari Melaka sehinggalah ke Kenchanaburi Thailand. Syabas En Mazlan kerana berjaya menamatkan ekspedisi tersebut. Semoga ahli CAC yang lain bersama-sama menyertai pada ekspedisi pada akan datang. #cupcaibergaya
Ahad, 21 Mei 2017
Ahad, 10 Januari 2016
KASIH DAN SAYANG SEORANG BAPA TIADA TADINGAN DAN ABADI SELAMANYA
Kasih ibu dibawa ke syurga,
kasih bapa tiada tandingan dan abadi selamnya.
Bertakad untuk menyempurnakan hajat anaknya yang OKU untuk mendaki Gunung Datuk
akhirnya tercapai jua, tanggal 10 Jan 2016 jam lebih kurang1345, Muhammad Umar Hamzah bin Iwan Sumarna
seorang kanak kanak istimewa berjaya sampai kepuncak Gunung Datuk. Hanya ungkapan “Umar sayang ayah”
itulah satu-satunya ucapan yang didengari di puncak Gunung Datok.
Muhammad Umar Hamzah bin Iwan Sumarna bersama bapa tersayang.
Umar Sayang Ayah
Ahad, 3 Januari 2016
FENOMENA BARU YANG MELANDA MAKANAN SEGERA
ROTI BAKAR TELUR GOYANG, satu fenomena makanan segera yang sedang melanda di sekitar negeri Melaka. Pelancarannya akan disempurnakan oleh Pengerusi CAC pada 8 Jan 2016 (Jumaat). Bertempat Taman Tasik Utama Ayer Keroh, MITC, Melaka.
Selepas makan anda akan bergoyang................ tak caya JOM cuba.
Khamis, 18 Jun 2015
TASIK PERSONA YANG MENAWAN DI HATI
Selamat BERPUASA kepada semua warga CAC semoga bulan yang penuh keberkatan kali ini memberi makna kepada kita.
Selasa, 2 Disember 2014
PENGURUSAN PROGRAM MEMBAWA SERIBU PENGETAHUAN
Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson, Negeri Sembilan telah berjaya mengajurkan kursus Pengurusan Program yang telah diadakan pada 20 hingga 23 Nov 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. CAC telah menghantar 2 peserta untuk mengikuti kursus tersebut dan telah berjaya mengikut segala aktiviti yang dijalankan -Admin-
Ahad, 26 Oktober 2014
KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI TAHAP II
Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap
II telah dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Melaka pada 24
hingga 26 Okt 2014. CAC telah menghantar 6 peserta bagi tujuan kursus
tersebut. Kursus ini banyak memberi pendedahan kepada ahli berkaitan
pengurusan, kepimpinan, organisasi dan persatuan. -Admin-
Ucapan Penutup oleh YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdol
Geng SK, Merlimausd, East, Mamu, Jebat Muls
Ahad, 19 Oktober 2014
10,000 LANGKAH - Sungai Melaka
Senaman yang mudah, murah, senang dan selamat itulah perkataan yang mudah digunakan bagi aktiviti 10,000 langkah. CAC telah berjaya melaksanakan aktiviti tersebut di laluan Sungai Melaka pada 19 Okt 2014. Objektif utama adalah memberi kesedaran kepada ahli CAC supaya menjadikan senaman berjalan kaki sebagai salah satu rutin harian mereka.
- ADMIN-
Sabtu, 27 September 2014
KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM KKM
Pada 26 hingga 28 September 2014 telah berlangsung Kursus Pemantapan Program KKM. Sekali lagi CAC telah diberi kepercayaan untuk sama-sama menjayakan program tersebut. CAC telah diberi 2 tugasan iaitu pelajaran Kawad Kaki dan Pertahanan diri. Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program Kawad Kaki dan Pertahanan Diri sila hubungan Pengerusi CAC 0193650859 (Dr Ban). Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kerana sudi memanggil kami untuk menjayakan program tersebut - ADMIN -
Bergambar bersama Pengerusi CAC
Latihan Kawad Kaki
Demo Pertahanan Diri
Pertunjukan Fesyen
Sabtu, 13 September 2014
EXPO SAFE FOOD
Expo Safe Food telah berlangsung dengan jayanya pada 13 dan 14 Sep 2014. Acara ini telah dijalankan di MITC Melaka. CAC telah diberi peluang untuk mempamerkan makanan sihat bertemakan Survival Safe Food dan mini pameran survival. - Admin-
Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia
Sesi penerangan Survival Safe Food
Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia mencuba masakan ayam pansoh
Jebat Muls, Anak Rimau, Pencara, Est, Geng SK, Mamu, Merlimau
Dr Ban
Ahad, 31 Ogos 2014
FUTSAL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57
Pertandingan Futsal telah berlangsung dengan jayanya pada hari kemerdekaan ke-57 di Arena Sport, Kelebang, Melaka. Seramai 35 tim telah menyertai pertandingan tersebut yang disertai dari dalam dan luar negeri Melaka. Hadiah berupa wang tunai, medal dan hamper telah disediakan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang sudi memberi sumbangan. - Admin -
Johan Safuan FC (Melaka)
Naib Johan Ambush FC (Kuala Lumpur)
Keempat SL Return (Kuala Lumpur)
Nyanyian Lagu Negara Ku
Pengerusi CAC bergambar bersama pemain
Aman Palastin dijemput memeriahkan lagi pada hari tersebut
Berdiri Belakang: Cak, MerlimauSD, Ayu, Zul, Roy, Erol, Bomoh, Anak Rimau, East
Hadapan: Zaki, Tokai, Dr Ban, Mamu, Geng SK
Ketua Program : Mamu
P/Ketua Program: Roy
Khamis, 14 Ogos 2014
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 7/2014
Kursus tersebut telah dilaksana dengan jayanya bertempat di Kompleks Kementeri Dalam Negeri, Melaka. Pelbagai pertubuhan telah turut serta semasa kursus tersebut. Semasa kursus tersebut di laksanakan, CAC telah menghantar seramai 5 Ahli Jawatan Kuasa bagi tujuan perkara tajuk. Diharap kursus ini dapat memberi pendedahan kepada AJK yang berkenaan.
Penerimaan sijil penyertaan bagi persatuan
Jumaat, 25 Julai 2014
LAGU YANG BANYAK MEMBERI MAKNA KEPADA SEMUA WARGA CAC
Kenangan Terindah
Lagu yang seringkali di main kan semasa acara perpisahan ahli CCFC. Lagu dan lirik dicipta sendiri oleh Mamu. Audio kurang menarik biasalah pro punya videographer. - Admin -
Khamis, 24 Julai 2014
SEJARAH KELAB CABARAN PENGEMBARAAN (CAC)
Kelab Cabaran Pengembaraan mempunyai sejarah tersendiri. Kelab ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 24 Julai 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-005-04-24072014. Di awal penubuhan kelab ini diberi nama Clark Club di mana kelab ini hanya ditubuhkan atas dasar suka-suka tanpa memikirkan faedah di masa hadapan dan telah ujud secara tidak rasmi pada tahun 2007. Pelbagai program telah di laksanakan seperti ekspedisi, projek jiwa murni, sukan dan pelbagai lagi program yang mendatang kan faedah pada semua ahli. Dengan minat yang tinggi dan ingin memajukan kelab ke satu tahap yang lebih baik, ahli telah bersetuju untuk mendaftar kelab dibawah Pendaftar Pertubuhan dan dibuka secara rasminya kepada orang awam yang berminat menyertai kelab ini pada tarikh penubuhnya. -Admin-
Jumaat, 1 Februari 2013
MAJLIS PERPISAHAN
Manusia secara naluri akan merasa bahagia dan berbangga apabila mengenang kembali detik-detik pengorbanan yang pernah disumbang kan semasa berkhidmat bersama-sama. Didalam mengimbau kembali peranan dan penglibatan itu dia akan terasa sebuah kepuasan pada dirinya. Majlis perpisahan kali ini amatlah bermakna kerana anggota yang diraikan adalah pelapis orang yang terdahulu. Tanggal 1 Feb 2013 berlangsung satu majlis yang ringkas tetapi bermakna kepada Wak, Pokchik, Tokai dan Zaki, majlis ini adalah majlis perpisahan kepada beliau.
Bergambar kenangan
Majlis ringkas memotong kek
Jasamu di kenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu di julang
Kepimpinan mu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang telah dicurahkan kepada oraganisasi. Admin -
Ahad, 1 Julai 2012
WARRIORS XPDC (MELAKA - LATA KINJANG - CAMERON HIGHLAND)
Ekspedisi ini telah dijalankan dengan jayanya, tujuan dan matlamat utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang dituntut oleh agama Islam. Walaupun aktiviti di tempat kerja terlalu padat, ini bukan bermakna tidak ada langsung ruang dan masa untuk beriadah.
Shukur (Pokchik), Amin (Nabar), Azhar (Anak Rimau), Saiful (Mamu)
Azhar (Anak Rimau) sedang bersantai di Hutan Lipur Lata Iskandar
Saiful (Mamu) bergambar kenangan di hadapan Cameron Bharat Plantations
Amin (Nabar)
Pemandangan di atas puncak bukit Cameron Highland
Pengarah Ekspedisi - Amin (Nabar)
Pen Pengarah - Saiful (Mamu)
Pengikut Tegar - Shukur (PCK)
- Azhar (Anak Rimau)
KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
PASTI EKSPEDISI INI AKAN DIBUAT LAGI
TAHNIAH KEPADA PENGARAH EKSPIDISI - ADMIN
Label:
REKREASI,
REKREASI/JIWA MURNI
Lokasi:
Cameron, Waco, TX 76708, USA
Isnin, 30 April 2012
MAJLIS PERPISAHAN
Majlis Perpisahan untuk anggota bersara dan bertukar keluar telah diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort. Anggota yang diraikan Wak, Tokai, Tok Uban dan Cikgu.
Perpisahan terjadi dengan muuuu oohhh. - Admin -
Ahad, 12 Februari 2012
MAJLIS PERKAHWINAN ZAKI
Majlis perkahwinan Zaki telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Ahli-ahli CC yang mempunyai kelapangan turut serta dalam konvoi pada majlis tersebut.
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucuk. - Admin -
Khamis, 14 April 2011
FUTSAL ANJURAN CCFC
Pertandingan futsal sudah menjadi satu kegiatan yang bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia. Dengan kesedaran yang tinggi pertandingan tersebut telah di laksanakan sepenuhnya oleh warga CCFC. Pegawai Memerintah menyokong sepenuhnya aktiviti tersebut.
Perlawanan akhir CCFC VS Yankee
Yaser berjaya menjaring kan gool
Tertewas penjaga goll Yankee
Bergambar kenangan bersama Boss besar
Kami juara bukan pasukan belasahan
Untuk pertandigan ini CCFC kekal mempertahan kan juara dari Yankee. Bagi mereka yang kalah cuba lagi pada pertandingan yang akan datang. - Admin -
Khamis, 7 April 2011
BOLA KERANJANG
CCFC jadi pasukan belasahan semasa pertandingan bola keranjang antara skuadron. Tenyata CCFC masih tidak berkemampuan untuk mengalahkan tim yang lain.
CCFC VS Yankee misi membalas dendam
Memikirkan nasib
Apa sekali pun yang terjadi, kena senyum dan ketawa
- Admin -
Langgan:
Catatan (Atom)






















