STAY ALIVE... 5 TERAS UTAMA CAC 1. TEPATI MASA 2. TANGGUNG JAWAB 3. KESETIAAN PADA KELAB 4. BERFIKIRAN KEREATIF & INOVASI 5. KERJASAMA STAY ALIVE......

Sabtu, 13 September 2014

EXPO SAFE FOOD

Expo Safe Food telah berlangsung dengan jayanya pada 13 dan 14 Sep 2014. Acara ini telah dijalankan di MITC Melaka. CAC telah diberi peluang untuk mempamerkan makanan sihat bertemakan Survival Safe Food dan mini pameran survival. - Admin-


Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia

Sesi penerangan Survival Safe Food

Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia mencuba masakan ayam pansoh

Jebat Muls, Anak Rimau, Pencara, Est, Geng SK, Mamu, Merlimau
Dr Ban



 




Ahad, 31 Ogos 2014

FUTSAL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Pertandingan Futsal telah berlangsung dengan jayanya pada hari kemerdekaan ke-57 di Arena Sport, Kelebang, Melaka.  Seramai 35 tim telah menyertai pertandingan tersebut yang disertai dari dalam dan luar negeri Melaka.  Hadiah berupa wang tunai, medal dan hamper telah disediakan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang sudi memberi sumbangan. - Admin - 

Johan Safuan FC (Melaka)

Naib Johan Ambush FC (Kuala Lumpur)

Keempat SL Return (Kuala Lumpur)

Nyanyian Lagu Negara Ku 

 Pengerusi CAC bergambar bersama pemain

Aman Palastin dijemput memeriahkan lagi pada hari tersebut

Berdiri Belakang: Cak, MerlimauSD, Ayu, Zul, Roy, Erol, Bomoh, Anak Rimau, East
Hadapan: Zaki, Tokai, Dr Ban, Mamu, Geng SK

Ketua Program : Mamu
P/Ketua Program: Roy




Khamis, 14 Ogos 2014

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 7/2014

Kursus tersebut telah dilaksana dengan jayanya bertempat di Kompleks Kementeri Dalam Negeri, Melaka.  Pelbagai pertubuhan telah turut serta semasa kursus tersebut.  Semasa kursus tersebut di laksanakan, CAC telah menghantar seramai 5 Ahli Jawatan Kuasa bagi tujuan perkara tajuk.  Diharap kursus ini dapat memberi pendedahan kepada AJK yang berkenaan.

Penerimaan sijil penyertaan bagi persatuan

Jumaat, 25 Julai 2014

LAGU YANG BANYAK MEMBERI MAKNA KEPADA SEMUA WARGA CAC

Kenangan Terindah 

Lagu yang seringkali di main kan semasa acara perpisahan ahli CCFC.   Lagu dan lirik dicipta sendiri oleh Mamu. Audio kurang menarik biasalah pro punya videographer. - Admin -

Khamis, 24 Julai 2014

SEJARAH KELAB CABARAN PENGEMBARAAN (CAC)

Kelab Cabaran Pengembaraan mempunyai sejarah tersendiri.  Kelab ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 24 Julai 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-005-04-24072014.  Di awal penubuhan kelab ini diberi nama Clark Club di mana kelab ini hanya ditubuhkan atas dasar suka-suka tanpa memikirkan faedah di masa hadapan dan telah ujud secara tidak rasmi pada tahun 2007.  Pelbagai program telah di laksanakan seperti ekspedisi, projek jiwa murni, sukan dan pelbagai lagi program yang mendatang kan faedah pada semua ahli.  Dengan minat yang tinggi dan ingin memajukan kelab ke satu tahap yang lebih baik, ahli telah bersetuju untuk mendaftar  kelab dibawah Pendaftar Pertubuhan dan dibuka secara rasminya kepada orang awam yang berminat menyertai kelab ini pada tarikh penubuhnya. -Admin-

Hadapan: Mamu, Dr Ban, Tokai
Belakang: Fazli,Ayu, Safuan, Pokchik, Anak Rimau, Merlimau, Hairul (KKM Tengkera)

 

Jumaat, 1 Februari 2013

MAJLIS PERPISAHAN

Manusia secara naluri akan merasa bahagia dan berbangga apabila mengenang kembali detik-detik pengorbanan yang pernah disumbang kan semasa berkhidmat bersama-sama.  Didalam mengimbau kembali peranan dan penglibatan itu dia akan terasa sebuah kepuasan pada dirinya.  Majlis perpisahan kali ini amatlah bermakna kerana anggota yang diraikan adalah pelapis orang yang terdahulu.  Tanggal 1 Feb 2013 berlangsung satu majlis yang ringkas tetapi bermakna kepada Wak, Pokchik, Tokai dan Zaki, majlis ini adalah majlis perpisahan kepada beliau.

Bergambar kenangan

Majlis ringkas memotong kek 

Jasamu di kenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu di julang
Kepimpinan mu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang telah dicurahkan kepada oraganisasi. Admin -


Ahad, 1 Julai 2012

WARRIORS XPDC (MELAKA - LATA KINJANG - CAMERON HIGHLAND)

Ekspedisi ini telah dijalankan dengan jayanya, tujuan dan matlamat utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang dituntut oleh agama Islam.  Walaupun aktiviti di tempat kerja terlalu padat, ini bukan bermakna tidak ada langsung ruang dan masa  untuk beriadah. 

Lata Kinjang Tapah, Perak

Shukur (Pokchik), Amin (Nabar), Azhar (Anak Rimau), Saiful (Mamu)

Azhar (Anak Rimau) sedang bersantai di Hutan Lipur Lata Iskandar

Saiful (Mamu) bergambar kenangan di hadapan Cameron Bharat Plantations

Amin (Nabar)

Pemandangan di atas puncak bukit Cameron Highland


Pengarah Ekspedisi - Amin (Nabar)
Pen Pengarah - Saiful (Mamu)
Pengikut Tegar - Shukur (PCK)
                         - Azhar (Anak Rimau)


KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
PASTI EKSPEDISI INI AKAN DIBUAT LAGI


 TAHNIAH KEPADA PENGARAH EKSPIDISI - ADMIN







Isnin, 30 April 2012

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis Perpisahan untuk anggota bersara dan bertukar keluar telah diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort. Anggota yang diraikan Wak, Tokai, Tok Uban dan Cikgu.



Perpisahan terjadi dengan muuuu oohhh.  - Admin -

Ahad, 12 Februari 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ZAKI

Majlis perkahwinan Zaki telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.  Ahli-ahli CC yang mempunyai kelapangan turut serta dalam konvoi pada majlis tersebut.  

 Semoga berbahagia sehingga ke anak cucuk. - Admin -

Khamis, 14 April 2011

FUTSAL ANJURAN CCFC

Pertandingan futsal sudah menjadi satu kegiatan yang bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia.  Dengan kesedaran yang tinggi pertandingan tersebut telah di laksanakan sepenuhnya oleh warga CCFC.  Pegawai Memerintah menyokong sepenuhnya aktiviti tersebut.

Perlawanan akhir CCFC VS Yankee

Yaser berjaya menjaring kan gool

Tertewas penjaga goll Yankee

Bergambar kenangan bersama Boss besar

Kami juara bukan pasukan belasahan 

Untuk pertandigan ini CCFC kekal mempertahan kan juara dari Yankee.  Bagi mereka yang kalah cuba lagi pada pertandingan yang akan datang. - Admin -

Khamis, 7 April 2011

BOLA KERANJANG

CCFC jadi pasukan belasahan semasa pertandingan bola keranjang antara skuadron.  Tenyata CCFC masih tidak berkemampuan untuk mengalahkan tim yang lain.

CCFC VS Yankee misi membalas dendam

 Memikirkan nasib

Apa sekali pun yang terjadi, kena senyum dan ketawa

- Admin -


Rabu, 6 April 2011

CC TENPIN BOWLING

Tenpin Bowling anjuran CC telah berjaya dijalankan dengan penuh semangat kesukanan.  Setiap yang hadir akan menerima hadiah yang begitu lumayan.  Tetapi hadiah bukanlah segalanya.  Apa yang penting semangat setiakawan dan bekerja sama dalam kumpulan yang hendak ditunjukkan.
 
Gaya seorang jaguh - Nazam

Gaya dah ada tapi keparit - Bean

Mereka-mereka yang kecewa

Keluarga CC
Kepada yang kalah tak perlu risau kerana yang hadir semuanya menerima cenderahati dari penganjur pertandingan.  Terima kasih kepada Enderw (Cak) kerana berjaya mengaturkan pertandingan.  
 - Admin -