STAY ALIVE... 5 TERAS UTAMA CAC 1. TEPATI MASA 2. TANGGUNG JAWAB 3. KESETIAAN PADA KELAB 4. BERFIKIRAN KEREATIF & INOVASI 5. KERJASAMA STAY ALIVE......

Selasa, 2 Disember 2014

PENGURUSAN PROGRAM MEMBAWA SERIBU PENGETAHUAN

Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson, Negeri Sembilan telah berjaya mengajurkan kursus Pengurusan Program yang telah diadakan pada 20 hingga 23 Nov 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.  CAC telah menghantar 2 peserta untuk mengikuti kursus tersebut dan telah berjaya mengikut segala aktiviti yang dijalankan -Admin-

Gambar berkumpulan peserta kursus

Sesi perbincangan berkumpulan

Simulasi program yang di laksanakan

Simulasi program

Simulasi Program

Ahad, 26 Oktober 2014

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI TAHAP II

Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap II telah dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Melaka pada 24 hingga 26 Okt 2014. CAC telah menghantar 6 peserta bagi tujuan kursus tersebut. Kursus ini banyak memberi pendedahan kepada ahli berkaitan pengurusan, kepimpinan, organisasi dan persatuan. -Admin-

Bergambar kenangan bersama peserta kursus

 Ucapan Penutup oleh YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdol

Geng SK, Merlimausd, East, Mamu, Jebat Muls





Ahad, 19 Oktober 2014

10,000 LANGKAH - Sungai Melaka



Senaman yang mudah, murah, senang dan selamat itulah perkataan yang mudah digunakan bagi aktiviti 10,000 langkah. CAC telah berjaya melaksanakan aktiviti tersebut di laluan Sungai Melaka pada 19 Okt 2014.  Objektif utama adalah memberi kesedaran kepada ahli CAC supaya menjadikan senaman berjalan kaki sebagai salah satu rutin harian mereka. 

- ADMIN-

 






Sabtu, 27 September 2014

KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM KKM

Pada 26 hingga 28 September 2014 telah berlangsung Kursus Pemantapan Program KKM.  Sekali lagi CAC telah diberi kepercayaan untuk sama-sama menjayakan program tersebut.  CAC telah diberi 2 tugasan iaitu pelajaran Kawad Kaki dan Pertahanan diri.  Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program Kawad Kaki dan Pertahanan Diri sila hubungan Pengerusi CAC 0193650859 (Dr Ban). Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kerana sudi memanggil kami untuk menjayakan program tersebut - ADMIN -

Bergambar bersama Pengerusi CAC 

Latihan Kawad Kaki

Demo Pertahanan Diri

Pertunjukan Fesyen



Sabtu, 13 September 2014

EXPO SAFE FOOD

Expo Safe Food telah berlangsung dengan jayanya pada 13 dan 14 Sep 2014. Acara ini telah dijalankan di MITC Melaka. CAC telah diberi peluang untuk mempamerkan makanan sihat bertemakan Survival Safe Food dan mini pameran survival. - Admin-


Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia

Sesi penerangan Survival Safe Food

Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia mencuba masakan ayam pansoh

Jebat Muls, Anak Rimau, Pencara, Est, Geng SK, Mamu, Merlimau
Dr Ban



 




Ahad, 31 Ogos 2014

FUTSAL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Pertandingan Futsal telah berlangsung dengan jayanya pada hari kemerdekaan ke-57 di Arena Sport, Kelebang, Melaka.  Seramai 35 tim telah menyertai pertandingan tersebut yang disertai dari dalam dan luar negeri Melaka.  Hadiah berupa wang tunai, medal dan hamper telah disediakan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang sudi memberi sumbangan. - Admin - 

Johan Safuan FC (Melaka)

Naib Johan Ambush FC (Kuala Lumpur)

Keempat SL Return (Kuala Lumpur)

Nyanyian Lagu Negara Ku 

 Pengerusi CAC bergambar bersama pemain

Aman Palastin dijemput memeriahkan lagi pada hari tersebut

Berdiri Belakang: Cak, MerlimauSD, Ayu, Zul, Roy, Erol, Bomoh, Anak Rimau, East
Hadapan: Zaki, Tokai, Dr Ban, Mamu, Geng SK

Ketua Program : Mamu
P/Ketua Program: Roy




Khamis, 14 Ogos 2014

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 7/2014

Kursus tersebut telah dilaksana dengan jayanya bertempat di Kompleks Kementeri Dalam Negeri, Melaka.  Pelbagai pertubuhan telah turut serta semasa kursus tersebut.  Semasa kursus tersebut di laksanakan, CAC telah menghantar seramai 5 Ahli Jawatan Kuasa bagi tujuan perkara tajuk.  Diharap kursus ini dapat memberi pendedahan kepada AJK yang berkenaan.

Penerimaan sijil penyertaan bagi persatuan

Jumaat, 25 Julai 2014

LAGU YANG BANYAK MEMBERI MAKNA KEPADA SEMUA WARGA CAC

Kenangan Terindah 

Lagu yang seringkali di main kan semasa acara perpisahan ahli CCFC.   Lagu dan lirik dicipta sendiri oleh Mamu. Audio kurang menarik biasalah pro punya videographer. - Admin -

Khamis, 24 Julai 2014

SEJARAH KELAB CABARAN PENGEMBARAAN (CAC)

Kelab Cabaran Pengembaraan mempunyai sejarah tersendiri.  Kelab ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 24 Julai 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-005-04-24072014.  Di awal penubuhan kelab ini diberi nama Clark Club di mana kelab ini hanya ditubuhkan atas dasar suka-suka tanpa memikirkan faedah di masa hadapan dan telah ujud secara tidak rasmi pada tahun 2007.  Pelbagai program telah di laksanakan seperti ekspedisi, projek jiwa murni, sukan dan pelbagai lagi program yang mendatang kan faedah pada semua ahli.  Dengan minat yang tinggi dan ingin memajukan kelab ke satu tahap yang lebih baik, ahli telah bersetuju untuk mendaftar  kelab dibawah Pendaftar Pertubuhan dan dibuka secara rasminya kepada orang awam yang berminat menyertai kelab ini pada tarikh penubuhnya. -Admin-

Hadapan: Mamu, Dr Ban, Tokai
Belakang: Fazli,Ayu, Safuan, Pokchik, Anak Rimau, Merlimau, Hairul (KKM Tengkera)

 

Jumaat, 1 Februari 2013

MAJLIS PERPISAHAN

Manusia secara naluri akan merasa bahagia dan berbangga apabila mengenang kembali detik-detik pengorbanan yang pernah disumbang kan semasa berkhidmat bersama-sama.  Didalam mengimbau kembali peranan dan penglibatan itu dia akan terasa sebuah kepuasan pada dirinya.  Majlis perpisahan kali ini amatlah bermakna kerana anggota yang diraikan adalah pelapis orang yang terdahulu.  Tanggal 1 Feb 2013 berlangsung satu majlis yang ringkas tetapi bermakna kepada Wak, Pokchik, Tokai dan Zaki, majlis ini adalah majlis perpisahan kepada beliau.

Bergambar kenangan

Majlis ringkas memotong kek 

Jasamu di kenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu di julang
Kepimpinan mu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang telah dicurahkan kepada oraganisasi. Admin -


Ahad, 1 Julai 2012

WARRIORS XPDC (MELAKA - LATA KINJANG - CAMERON HIGHLAND)

Ekspedisi ini telah dijalankan dengan jayanya, tujuan dan matlamat utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang dituntut oleh agama Islam.  Walaupun aktiviti di tempat kerja terlalu padat, ini bukan bermakna tidak ada langsung ruang dan masa  untuk beriadah. 

Lata Kinjang Tapah, Perak

Shukur (Pokchik), Amin (Nabar), Azhar (Anak Rimau), Saiful (Mamu)

Azhar (Anak Rimau) sedang bersantai di Hutan Lipur Lata Iskandar

Saiful (Mamu) bergambar kenangan di hadapan Cameron Bharat Plantations

Amin (Nabar)

Pemandangan di atas puncak bukit Cameron Highland


Pengarah Ekspedisi - Amin (Nabar)
Pen Pengarah - Saiful (Mamu)
Pengikut Tegar - Shukur (PCK)
                         - Azhar (Anak Rimau)


KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
PASTI EKSPEDISI INI AKAN DIBUAT LAGI


 TAHNIAH KEPADA PENGARAH EKSPIDISI - ADMIN







Isnin, 30 April 2012

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis Perpisahan untuk anggota bersara dan bertukar keluar telah diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort. Anggota yang diraikan Wak, Tokai, Tok Uban dan Cikgu.



Perpisahan terjadi dengan muuuu oohhh.  - Admin -